Kod Pengurusan Klinik / Clinic Management Code (CMC) adalah kod yang diperlukan untuk masuk ke bahagian Pentadbiran Aplikasi bagi membolehkan sesebuah klinik mentadbir profil/kandungan, memantau Dashboard/Laporan, memantau komunikasi dua hala dengan pengguna/pesakit/majikan/pembekal dan mentadbir sistem kakitangan klinik.
MyKlinik telah membuat Pra Pelancaran dengan mengedarkan Kit Pengenalan MyKlinik yang disertakan dengan CMC untuk klinik-klinik sekitar lembah Klang sepanjang bulan Okt 2021 dan diikuti dengan kawasan-kawasan lain diseluruh Malaysia.
1. Kit Pengenalan MyKlinik (KPM)
|
2. Melalui Talian Khidmat Pelanggan MyKlinik Melalui whatsapp 018-280 8776 Klinik perlu sertakan maklumat seperti berikut: a) Nama Klinik b) Nombor Pendaftaran Klinik c) Dokumen untuk pengesahan i) Dokumen Pendaftaran Klinik ii) atau Dokumen Permit Majis Perbandaran/Bandaraya (Cth: MBSA, DBKL) Pihak MyKlinik akan melakukan pengesahan maklumat yang dihantar seterusnya akan memberikan Kit Pengenalan berserta kod CMC. |
3. Melalui "Introducer" Situasi ini berlaku sekiranya Introducer mempunyai pengalaman menggunakan MyKlinik dengan klinik lain dan klinik anda masih belum tahu apa-apa berkaitan dengan MyKlinik. |
Sesebuah klinik boleh mendapatkan CMC dari beberapa saluranan iaitu sama ada daripada Kit Pengenalan MyKlinik atau daripada Pengguna/Pesakit/Pembekal yang bertindak sebagai "Introducer".
CMC ini berstatus "Default Code" dan perlu dinyahaktif dengan segera.
Untuk menyahaktif CMC Default dengan segera, Pentadbir klinik boleh berbuat demikian pada bila-bila masa terutamanya semasa mengaktifkan Akaun MyKlinik untuk klinik anda.
Aplikasi MyKlinik direkabentuk khas untuk menghubungkan klinik dengan pelanggan / pesakit, majikan pelanggan dan syarikat pembekal keperluan klinik.
Dibangunkan oleh Techworq Sdn Bhd sebuah syarikat di bidang ICT fokus kepada ‘Software House Development’.
Ikuti sosial media kami
© 2021 TECHWORQ SDN BHD
Hak milik terpelihara.