Produk yang dibangunkan untuk menghimpunkan lebih daripada 10,000 klinik swasta di Malaysia di bawah satu aplikasi. Sebagai platform yang melibatkan 4 komponen iaitu Pengguna/Pesakit, Klinik, Majikan (PANEL) dan Pembekal yang boleh diakses melalui web dan aplikasi telefon pintar.
Berteraskan kepada konsep “Favourite” iaitu “Favourite Clinic” dan “Favourite List” yang akan mencipta rangkaian perhubungan antara sesama sendiri terdiri daripada modul yang sistematik. Rangkaian yang merangkumi Carian Umum, Modul Pemasaran, Modul Temujanji, Modul Perhubungan, Perkhidmatan dan Prosedur, Real Time Dashboard, Sistem Pengurusan dan banyak lagi.
Tidak menganggu sistem operasi klinik sedia ada.
Mudah digunakan.
Penyimpanan data pesakit dan perkhidmatan lebih selamat (Mematuhi akta PDPA 2010 Act 709).
Dilengkapi sistem HR untuk pengurusan kehadiran pekerja.
Klinik dan pesakit/pengguna dapat menghematkan masa dengan fungsi yang dapat dilakukan dalam satu masa seperti RealTime Dashboard, Pra-Daftar dan Temujanji.
Mudah digunakan.
Pesakit hanya perlu ‘Scan In’ untuk pendaftaran.
Pesakit boleh menyemak rekod rawatan.
Favourite Clinic sebagai pilihan utama pesakit/pengguna.
Favourite User akan menerima sebarang promosi dan maklumat secara digital daripada Favourite Clinic.
My Favourite Clinic dapat menghubungkan Pengguna, Pesakit, Majikan (Panel) dan Pembekal setempat.
Membina satu jaringan pemasaran yang boleh berkembang melalui kaedah ‘Share’ dan 'Invite'.
Promosi dan hebahan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Berperanan sebagai enjin pencarian klinik berserta info klinik akan diperolehi secara terus di aplikasi MyKlinik. Kaedah pencarian dapat dilakukan melalui dua kaedah iaitu By Keyword dan By Filter.
MyKlinik akan memaparkan maklumat terperinci klinik melalui 5 tab yang boleh dikemaskini iaitu About Us, Our Doctor, Our Services & Procedures, FAQ dan Contact Us. Bagi klinik yang belum mengaktifkan akaun MyKlink hanya 2 tab yang boleh dilihat oleh pengguna iaitu About Us dan Contact Us.
Alternatif kepada platform pemasaran yang berkonsep “Favourite List” dan “Favourite Clinic” yang akan memberi manfaat antara satu sama lain.
Pemasaran klinik yang berbentuk “Reward” yang menarik kepada Favourite List (Pesakit/Pengguna) seperti pemberian hadiah berbentuk Baucer, Promosi dan Pengumpulan Setem.
Fungsi modul akan dapat mengalakkan lagi perkembangan peniagaan klinik. Pesakit/Pengguna akan mendapat manfaat sebagai “Favourite List” dengan pemberian “Reward” oleh klinik pilihan pengguna.
Pengurusan temujanji yang mudah di mana Favourite List (Pesakit/Pengguna) akan menempah slot temujanji yang tersedia di klinik. Favourite Clinic akan menetapkan slot temujanji yang bakal ditempah oleh Favourite List (Pesakit/Pengguna) mengikut kesesuaian masa dan operasi di klinik.
Dapat memudahkan Favourite List (Pesakit/Pengguna) untuk berurusan secara terus ke klinik untuk menempah slot temujanji bagi mendapatkan rawatan khas mengikut kesesuaian masa sendiri.
Berfungsi sebagai platform perhubungan untuk mewujudkan rangkaian antara 4 komponen dalam pengurusan kesihatan iaitu Favourite List (Pesakit/Pengguna), Favourite Clinic (Klinik), Majikan (Panel) pembekal klinik.
Melalui Modul Perhubungan ini Favourite Clinic (Klinik) boleh berkomunikasi secara dua hala dengan 3 komponen yang telah terhubung. MyKlinik dapat meminimumkan penggunaan tenaga, masa dan pengeluaran kos.
Menerusi MyKlinik, klinik dapat mengemaskini sebarang informasi perkhidmatan dan prosedur rawatan yang ditawarkan di klinik. Perkhidmatan dan prosedur klinik boleh dikemaskini secara terperinci dan akan memudahkan Favourite List (Pesakit/Pengguna) merujuk rawatan yang tersedia di klinik.
Dengan modul ini, klinik juga dapat menggunakan konsep “Highlight” di MyKlinik untuk mengemaskini rawatan khas atau rawatan yang berpotensi dan dapat menarik Favourite List (Pesakit/Pengguna) mendapatkan konsultasi dan rawatan di klinik.
Berfungsi menjadi alat untuk mengemaskini nombor giliran secara langsung di aplikasi MyKlinik. Klinik hanya mengemaskini nombor giliran semasa secara langsung kepada Favourite List (Pesakit/Pengguna) menerusi aplikasi MyKlinik.
Favourite List tidak perlu lagi untuk menunggu giliran di klinik terlalu lama. Dengan hanya menyemak nombor giliran di Real Time Screen secara langsung di aplikasi MyKlinik akan menjimatkan masa dan tenaga Favourite List (Pesakit/Pengguna) sebelum mendapatkan rawatan di klinik.
Pengurusan pekerja (Sistem HR) yang bersifat kompleks membantu klinik dalam pengurusan pekerja secara harian. Pengurusan seperti Senarai dan Profil Pekerja, Pengumuman, Syif Kerja, Kehadiran Staf, Cuti dan Tuntutan (Claim) dapat dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar MyKlinik.
Risiko untuk kehilangan data adalah rendah apabila menggunakan sistem pengurusan berbentuk digital. Pencarian data pencarian akan lebih mudah dan cepat berbanding kepada sistem manual yang biasa digunakan oleh klinik-klinik swasta.
Langkah 2, 3 & 4 digunapakai oleh pentadbir klinik sahaja.